Thursday, July 7, 2011

Selamat Menyambut Hari Peneroka 2011





Selamat menyambut Hari Peneroka kepada semua warga Felda yang disambut pada setiap 7 Julai. Tema tahun ni 'Melestari Kesejahteraan Peneroka' & bandar pusat Jengka akan diisytiharkan sebagai Bandar Tun Razak semperna sambutan Hari Peneroka dan acara tersebut diadakan di Stadium Mini Nadi Kota , dirasmikan oleh our PM Datuk Seri Najib Tun Razak . (Owh teringat kenanngan belaja di Jengka 6 thn lepas dgn skrg mesti dh bnyk perubahan)


Honestly sebagai generasi kedua aku berbangga menjadi salah seorang warga Felda. Banyak kemajuan telah dicapai dan kini taraf hidup masyarakat Felda sudah berubah disebabkan kenaikan harga komoditi getah dan kelapa sawit.


Peneroka2 Felda datang dari merata-rata tempat yang berbeza dan dari negeri2 yang berlainan. Contohnya Felda Lurah Bilut penempatan penduduk dibahagikan mengikut negeri. Arwah tok wan & tok rombongan Pulau Pinang. Felda2 lain tak sure, tapi Felda tempat aku tinggal x disusun ikut negeri peneroka2 terlibat.


Menyingkap perjalanan hidup kami di Felda banyak suka dan duka. Hidup di Felda suatu masa dahulu tidak sesenang sekarang. Ayah banyak berusaha untuk menambahkan pendapatan keluarga. Ayah berkerja sampingan mengambil upah meracun,menebas bersama kawan2 dan mereka terpaksa meninggalkan anak2 isteri demi sesuap nasi. Ayah dan mak juga menanam tembakau yang diusahakan bersama rakannya , meneroka hutan untuk membuka kebun, memelihara kambing,lembu dan ayam . Ya itu sebahagian usaha ayah dan mak untuk membesarkan kami adik beradik usaha yang tak mengenal erti putus asa.


Komoditi awal ditanam ayah adalah getah sebelum ditanam semula dengan kelapa sawit. Setiap pagi mak dan ayah akan pergi ke ladang untuk menoreh getah. Bila tiba masa untuk menjual getah emak terpaksa balik kerumah dengan berjalan kaki kadang2 diriringi kawan2 (jarak ladang dgn rumah agak jauh) . Aku ketika itu masih kecil dan mak hantarkan kepada jiran untuk dijaga.


Waktu kecil-kecil dulu kami adik beradik juga ada membantu ayah dan mak ajak di kebun koko. Tugas kami mudah,hanya kutip buah koko yang dikait dan meleraikan isinya. Kami juga membantu mak menjemur koko. Bila ayah mendapat hasil dari jualan koko kami akan diberikan habuan selalunya ayah akan membelanja dengan membelikan makanan sedap2 bagi kami ketika tu dh cukup best.


Kini tanaman kelapa sawit menggantikan getah dan ayah mengupah orang lain untuk menguruskan kerja-kerja ladang seperti mengecop sawit . Ayah masih keladang untuk membaja dan meracun dan melihat ladang. Katanya dah biasa ke ladang tak biasa jika hanya duduk dirumah .


Sesungguhnya aku rasa cukup berbangga kerana hasil titik peluh dari menjadi peneroka Felda la ayah aku membesarkan aku dan adik beradik. Bila difikirkan,aku rasa aku tak mampu menyaingi ketabahan dan kecekalan hati ayah dan mak aku. Mereka cukup tabah menjalankan rutin seharian di ladang dan membuat pelbagai kerja untuk menambahkan pendapatan keluarga.


Buat semua anak-anak Peneroka Felda sesungguhnya anda sangat bertuah kerana anda punya ayah yang hebat dan tabah dan juga seorang ibu yang sabar dan cekal . Buat semua Peneroka Felda (termasuk ayah aku Md Saad Muhamad) yang telah berkorban jiwa dan tenaga menanggung segala keperitan hidup demi membesarkan anak-anak anda,aku respek dan aku sanjung tinggi pengorbanan anda semua.



"Selamat Menyambut Hari Peneroka 2011"



No comments:

Post a Comment