Syukur alhamdulillah hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran mak yang ke 60 . Sesungguhnya detik masa berlalu sangat pantas , secara tak sedar aku tak sangka betapa umur mak sudah meningkat. Kasih sayang pada mak pada kami adik beradik tiada tolok bandingannya dan sesungguhnya aku sayang mak. Terima kasih atas pengorbanan yang telah mak lakukan dalam membesarkan kami. Terima kasih kerana melahir, membesarkan dan mendidik kami . Terima kasih kerana kasih sayang yg x berbelah bagi, segala nasihat teguran & leteran dalam menjadikan kami insan berguna. Terima kasih mak atas segalanya . Tiada kata yang dapat aku ucapkan dari syukur kepadamu Ya Allah kerana menganugerahi kami seorang ibu yang tiada tolok bandingannya. Semoga mak dilimpahkan kesihatan berpanjangan , keberkatan rezeki dan ketenangan hidup dunia dan akhirat. Terima kasih atas jasa-jasa mak yang tak terbalas.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mak pada anak2 sgt x terhingga, tanpa mak siapa la kita hari ni. Semoga mak tidak pernah letih dan jemu untuk menasihati anak2 mak .
Sayang Mak :)
No comments:
Post a Comment