Thursday, August 25, 2011

Musim Buah-Buahan Menjelang Tiba



Assalamualaikum...



Tajuk entry mcm x kena je kan , sesaja tukar topik raya2 nih. Apa2pun raya dah x lama laei , hari2 pi & balik keja mesti teserempak dgn orang menjijing kuih raya yg diorder dari kawan2 . Ok la tu kan support member2 berniaga carik duit lebey. Aku lak this year beli sikit2 je kuih tunjuk ni, cadang nye nak wat 2-3 beskut klu sempat la. Tgk keadaan since balik kampung hanya this coming Sunday. Tgk blog2 masakan pun fuyoo mcm2 resepi biskut meskut ni ditayang. Best sungguh klu time2 gini dah start cuti then boley le berbaking biskut2 nih. Kepuasan tu lain bila baking sendiri dr beli even x berapa mkn pun.

This morning terserempak dgn sorang kakak nih (lupa nak tny nama) menjijing 2 jabir berisi kek chocolate tempahan kwn2 . Boleh thn jugak bisnes dia smpi katanya smlm ambik cuti untuk berbaking, sonok berborak dgn dia cerita2 baking membaking nih. Katanya lagik dia beli bahan2 dari kedai bakery kat Pudu dilorong Haji Taib, harga brg2 situ sgt berpatutan & sentiasa penuh dgn org . Aisey ni yg teringin gi kedai jual brg2 bakery nih mcm2 kitchen gadget ada.



Cerita sal tajuk entry lak last week masa blk kmpg dipenuhi dgn pemandangan pokok2 buahan berbunga . Rambutan terutamanya since setiap rumah dikmpg ada pokok rambutan , kemain lebat lagi bunganye. Sonok weh x lama lagik dpt mkn buah moktan . My house kat kmpg ada sepokok je pokok rambutan yg lain2 dh ditebang . Tp jadila at least ada jugak . Pokok Manggis dirumah pun mula berbunga , hopefully lekat la buahnye. Durian dikebun kata ayah pun tgh berbunga jugak . Memang best la nti musim buah-buahan yg lengkap ada rambutan,manggis & durian .



Tengok lebat kan pokok rambutan ni berbunga , tapi pokok my neighbour la.






Putik bunga manggis hopefully lekatlah buahnye .. sedap weh klu beli mahal si hitam manis nih



Bunga Durian (ehsan google) gamba ambik sendiri x dapat la snap sendiri , kebun jauh dari rumah .






Markisa @ Passion Fruit pun tgh berbunga jugak this year dah 3 kali berbuah .



Adious


Niza

Sunday, August 21, 2011

CuCi CuCi SeRvICeS

Assalamulaikum & Salam Sejahtera All...

Seperti biasa sepanjang bulan Ramadan aku akan berhujung minggu dikampung. Minggu ni balik beriftar with my dearest mak,ayah & adik sambil tu jugak angkut balik hasil tangkapan Rabu hari tu. So balik beraya nanti kurang la skit barang2nyer.

Kuih cucur badak, bikin on Saturday

Cuci cuci services week. Hehehe rayo kan x lama lagi, so kami me & my adik done it. Kami cuci kipas , tingkap & perabot , fenat tapi berbaloi bila tgk hasilnye. My adik take job cuci kipas , aku x berani keja2 kena memanjat ni . So aku take job cuci perabot kasi berkilat . Cermin tingkap lak most of it my adik wat aku sempat nolong sikit aje, since perabot rumah bnyk nak digilapkan. Even semua tu perabot lama tapi jadi la kan kasi touch up skit , beli baru membazir lagipun mana nak campak perabot2 lama lain la boleh ditrade in. Aku guna produk cosway untuk cuci & gilap perabot & cermin tu since aku member VIP cardnyer . Ada few thing x sempat nak wat lagi since my weekend sgt singkat.




Kuih rayo ? Camno korang dah start wat ? Ke beli je , kuih tunjuk2 . Aku this year tgk tau gi sempat bikin sendiri ke 2-3 jenis since hanya dpt balik kampung on Sunday 28Aug, masa student2 dulu rajin la wat biskut meskut rayo . Dah start keja klu ada kesempatan baru wat. My mak today wat kerepek pisang dari pisang nangka, yg ini konpem laris kuih goreng2. Biskut meskut ni kekadang x abih pun , cik nah jugak dpt . X lama lagi kan dah nak berayo , sabar2 x lamo dah laei .


Thursday, August 18, 2011

SHOPIN RAYA @ JLN MASJID INDIA & TAR

Assalamualaikuum ....

Entry ni patut smlm punye cerita tp since aku sgt flat tunda la ke hari ni . Slm kan hari Nuzul Al-Quran & Selangor cuti then berkoyan2 la warga Selangor pegi bershopin raya ke Jln Masjdf India & Jln TAR termasuk la aku. Hehe. Aku kuar awal since nak gi bank dulu tukar duit syiling dlm tabung itu. Aku jln dari rumah to nearest bank, tapi keciwa semua tutup AMBank, BSN, Maybank seme tutup. Means area aku duduk tu dijajahan Selangor la even poskod KL. Agak kekonpiusan disini.

Then terus aje la ke Jln Masjid India & Tar, time tu baru kul 10 pagi tapi mulai sesak dgn pengunjung. Destinasi pertama aku ke Maybank . Jln2 sampai dh ke Semua House cari Maybank itu x jumpa , pusing balik cari lagi baru la jumpa. Ni disebabkan Maybank itu terlindung dek bazar jualan barang raya. Sungguh x patut la sampai x nampak premis lain. Aku gi kesana nak tukar duit syiling dari tabung ayam itu , tapi accdg to the staff syilling kena deposit dlm bank a/c x boleh dpt cash terus & makan masa 2-3 hari . Nak tukar duit raya jugak x boley lagi since start 23hb baru boley.
See santek kan bunga2 plastik ni.. teruja tgk
Ramai org berkoyan2
Pepagi2 lagi dah ramai owang berkunjung
While waiting my older sister dtg aku jln2 dulu , banyak gerai2 jualan menjual pelbagai barangan dari kuih raya, keronsang, baju raya , bunga hiasan dll . Deretan gerai yg menjual pelbagai bunga hiasan tu menarik perhatian aku . betul2 sangat cantik bunga2nye. Gerai tu terletak depan Mydin Jln Masjid India . Aku round2 beli tudung untuk my mak tudung lyrca berperisa wangi. Jalan2 lagi then beli blouse di gerai Erica , kedai ni menawarkan harga berpatutan & ada size besar . Ke Muaz textile pulak tudung2 baju2 yg dijual disini plg murah blouse bunga2 harga RM18.8 pelbagai size. Tudung2 lyrca, selendang pun murah, ramai sgt pengunjung dtg beli. Selendang trend skrg dijual pada harga RM8.80 tapi kena pandai2 cari la.

After my older sister dtg aku round sekali lagi , teman dia pulak shopin . Cuaca pulak sgt panas terasa bahangnye & dgn pengunjung yg makin ramai nak jln pun susah . Tekak rasa kering sgt huhuhu. Siap2 shopin sudah pukul 2 sedar x sedar dah 5 jam aku berjalan. Hasil tangkapan aku hehehe tudung lycra for my mak 2 helai, selendang 7 helai, anak tudung, kerongsang, blouse 2 helai , inner, legging & kerepek ubi . Rasanye akan pi lagi kesitu ada lagi barang nak beli & x susah pun nak pi laluan2 hari2 pi & balik keja. Barang2 1st round ni akan diangkut balik hujung minggu ni .

Adious ,
Niza

Tuesday, August 16, 2011

Raya oh Raya

Assalamualaikum ....

Today sudah masuk 16 hari umat Islam DiMalaysia berpuasa . Sekejap saje masa berlalu . Lagu2 raya pun dah mula berkumandang di corong2 radio . Memang terasa la suasana perayaan . Aku time bulan perayaan ni suka tgk iklan raya kat TV , best2 belaka . Tahun ni setakat ni x de lagi iklan raya aku tengok . Hehehe eh dah ada ke belum ek ? Aku jarang nonton TV .

Cerita sal lagu raya apa lagu kesukaan korang ? Aku yg pertama of coz la lagu 'Balik Kampung' . Lagu ni x kira bila situasi memang sesuai . Oooo balik kampung , oooo balik kampung , oooo balik kampung hati girang . Lagu raya sedey yg best antaranya dendang perantau , dari jauh ku pohon maaf, ku pohon restu ayah bonda, sepasang kurung biru, pulanglah, setitis cahaya di aidilfitri, musafir di aidilfitri & mcm2 lagi. Kalau la aku diperantauan dengar lagu ni konpem sedey bangat meleleh ayer mata. Dlm banyak2 lagu raya yg terbest of coz la lagu artis2 veteran even skrg ni ada jugak lagu dari penyanyi2 baru . Actually most of lagu raya aku ada , kira collection la siap dgn takbir raya lagi. Ni project last year aku google cari list tajuk lagu raya & penyanyinye then download lagu2 tersebut samaada lagu raya categori lama & baru .

Tomorrow Selangor cuti semperna hari Nuzul AQ . Means aku jugak cuti . Hooray . Aku akan ke Jln Tar shopin sikit for raya (lum gaji lg) & tukar duit raya untuk budak2 & adik2 comei yg bakal dtg beraya ke rumah nanti. Lagi satu nak habaq mai last sunday my fren kena ragut kat stesen bas Pekeliling, alhamdulillah dia x de apa2 cuma hilang satu handbag hadiah bday and sib baik dlm handbag tu hny ada rm2. Syukur la dlm bag tu x de barang2 berharga , kalau x susah jugak nak wat report polis, wat i/c, cancel atm & ct card & bla bla.... My fren diragut mlm kul 7 lbh kat area bas transnasional ke Raub & aku pun memang setiap kali balik kampung akan ke area tu since ada few other bas ke raub kat that lorong. Kena lebey berhati2 lah ye kwn2 semua.

Adios,
Niza

Sunday, August 14, 2011

Diari 13&14 Ramadan 1432H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti yg dirancang this weekend aku balik kampong lagik berbuka with my beloved family mak,ayah & adik . Aku x balik awal mcm last week since nak gi cosway dibandar Raub beli beberapa barang & becoz senang sikit nak angkut dari bawak mai from KL.

Sesampai dirumah terus nampak dua longgokan batu seperti yg dimention my adik dilaman rumah. Kena banyak guna tenaga nak ratakan batu tersebut. Depa (my adik,mak&ayah) dah wat sikit pepagi tadi then sambung ngecat. Actually batu-batuan tersebut dah lama diorder & mintak dihantar b4 ramadan, tapi dibulan posa ni baru sampai. Nak tak nak kena la jugak wat . Batu-batuan tersebut cantik2 fresh from kuari .


Banyak batu2 ni bape tan tah

Since aku pun sampai dah tgh hari x wat la kan keja ratakan batu tersebut. Bulan posa weh tambah lagi cuaca panas terik… Jln2 sekitar rumah jap tengok progress pokok ditanam last week semua ok tapi pokok lemon tu x tahu gi leh survive ke tak. Nampak kat rumah jiran belakang rumah pasangan somi isteri warga indon tgh bertungkus lumus keja wat bilik air dibawah panas terik dibulan posa . Tabah & kuat depa nih, cari rezeki halal .


Menyahut Seruan Gomen Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Saturday for iftar kami masak biasa2 je bubuk lambuk, kari ikan (fav ayah) , karipap. Siap2 masak dah kul 6.30 so x sempat la aku & adik nak round2 kampung naik moto. Huhu takpe next week insyaallah balik lagi & mesti nak cari masa ronda2 kampung.



Ahad sesudah subuh kami pun turun untuk keja contract buruh kasar ratakan batu-batuan tersebut . Turun awal coz b4 cuaca panas. Aku tlg tolak keta sorong with batu, my adik ratakan batu & my ayah kumpulkan batu masuk dlm keta sorong(yg ni guna plg bnyk tenaga) . Aku de try jugak tapi x larat tolong tolak kan boleh la. So akhirnya kami berjaya abihkan satu longgokan batu tersebut. So instead of my halaman rumah jadi go green rayo nih jadi berbatuan lak. Reason laman ditambak batu tu bcoz of kalau hujan jadi becak x bagus la kan. Nanti pas2 ni akan letak pasir pulak untuk bagi rumput tu tumbuh semula .


My mak & dad tengah ratakan batu2 tersebut, gambo aku x de la mamarazi tgh ambik gambo.



My mak bekal kan aku makanan for iftar ayam goreng masak blackpepper, jelantah timun, kuih apam (my fav) & frozen karipap. So aku x yah la beli kueh utk berbuka this week goring sajo frozen karipap. Jimat & plg penting sodap. Sampai dibandar Raub singgah ke bazaar Ramadan pusing2 tgk2 juadah yg dijual. Teringat entry kat blog TTM yg dia beli popia sedap makcik hidung kembang kat bazar ramadan Raub. So aku pun cari2 tgk2 & at last jumpa jugak gerai yg dimaksudkan tu. Memang popia makcik tu marvelous, kalau x silap dulu dia ada jual dibus stand lama. Selalu jugak beli popia, mee rojak, kuih2 muih & bergedil dia. Gerai makcik tu di bazaar ramadan Raub thn ni senang nak cari kat depan kedai org Pakistan jual tikar . Aku beli air katira untuk berbuka gara2 terpengaruh tgk bulletin utama semalam . Ok setakat ni cerita xtvt this weekend.


See meriahkan makanan iftar aku hari ni . Apam polka dot tu beli dibazar ramadan Raub sedap ada inti blueberry harga 3 singgit sama dgn mini donut tu.


Adious,
Niza (^_*)

Friday, August 12, 2011

Balik Kampong Yg Terchenta Hip Hip Hooray

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pemirsa2 yg dirahmati semua....

Semoga semua sihat2 belaka hendaknye . Diam x diam dah masuk hari ke 12 kita semua berpuasa , sekejap saje masa berlalu . This week haku akan balik kampung lagi & actually haku dah plan every week akan balik kampung berbuka dgn family yg terchenta . Hahaha . Sgt sonok berada di kampung dari dok kat hujan batu nih.

Last week haku pun balik kampung tp x hupdate entry huhuhu . Aku balik seawal mungkin & dlm lrt terserempak dgn Fifi & kak wa my neighbour . So we all balik together2 lah. Antara xtvt last week haku sempat go green dgn my mak & adik . Kami tanam pokok pisang abu & nangka madu kat belakang rumah, masak2 & borak.

Minggu ni lak smlm my adik dah sms bagitau bagus la Ahkak nak balik since ada bnyk keja nak kena wat kat rumah. Antara keja tu mengecat rumah & meratakan batu. Kena guna banyak tenaga nih . Mengecat rumah ni dulu masa rumah lama every year mesti cat baru . Rumah skrg lak last di cat 2 thn lepas after siap dibina kami adik beradik gotong royong ngecat , aku & ayah yg g kedai beli cat . Pemilihan warna lak based on keputusan majoriti adik beradik . This year kena cat semula sebab rumah direnovate lagi .

Haku feel a little bit tired since dah 2 hari x tidoq lena. Hari rabu hari tu sebab minum bnyk air teh so x leh tido & smlm lak tidoq lewat sebab kemas bilik. Harap2 semuanya ok la hendaknye since tonight aku nak sambung mengemas lagik.

Adios,
Niza


Wednesday, August 10, 2011

Dugaan Di Bulan Puasa

Assalamualaikum ...

Actually patut post this entry semalam lagi, tapi pas je berIftar rehat2 jap & pas je solat isyak mata terus mintak rehat. Hari2 dibulan posa tido awal since aku pun bangun sahur & kuar keja awal. Kalau balik kmpg lak tidoq lewat dari biasa since berborak dgn my parents & adik... best woo even aku selalu balik kampung .... hehe

Semalam dlm perjalanan balik rumah nak beriftar.. tren (Putra) lak wat hal... lama tersangkut x gerak2... huhu.. so sampai rumah lagi 5 minit waktu nak berbuka. Memang bebetul dugaan la wat aku & lain2 org yg sebaik saje abih keja bergegas nak balik rumah nak berIftar & jugak lain2 owang yg non-muslim yg nak balik rumah. Ada jugak sorang malay ladies ni terpitam dlm tren yg aku naik, siannye tapi aku x sempat nak tlg . Aku just offer my seat to her tapi dia turun kat stesen universiti so x jadi la. Aku lak tren gerak je dari lrt Kelana Jaya terus membuta ngantuk beb , sedar2 je nampak org padat dlm tren & dah kul 5.50 but masih kat Tmn paramount biasanye time gini dh naik tren ke Ampang . Lambat lagi la sampai rumah... huhuhu

Since sampai pun dah lewat nak beli makanan untuk berbuka dkt bazar ramadan area rumah mostly dah abih , peniaga2 tu dah bungkus siap2 nak balik, yg masih tinggal aku jengok2 jugak tapi x berapa menarik la.. tinggal saki baki ke lauk pauk tu. Aku just beli air bandung cincau untuk berbuka & pak cik tu bersedekah bagi aku percuma satu lagi bungkus air tembikai susu. Rezeki la ni... aku tengok banyak air2 yg x abih dijual walaupun lagi bape minit lagi nak masuk waktu berbuka.

So yesterday berbuka ala kadar je .. apa yg ada dlm peti ais . Telur Asin, ikan goreng , gulai daging (my mak bekalkan last sunday) & tembikai. Sambil berbuka goreng,rebus,panaskan apa yg ada. Jadi la kan rezeki aku hari tersebut & paling penting x berlaku pembaziran. Hopefully hari ni perjalanan balik keja untuk beriftar berjalan lancar . Amin

Tuesday, August 2, 2011

Hari Kedua Puasa 1432H

Assalamualaikum ..

Sudah dua hari berpuasa .. alhamdulillah & bestnyer my prelim report dh siap awal dr sepatutnyer. So minggu reporting ni x yah la blk lewat & berbuka posa dirumah....hooray... tapinye minggu terakhir posa nanti konpem2 kena berbuka diopis. Huhu cut off week masa tu then menyusul lak reporting week yg jatuh bebetul minggu raya. So skrg persoalan bila kepulangan ku ke kampung halaman tercinta x dpt dipastikan lagi. Semuanya kena tggu next after perbincangan dgn bos.. Huhuhu.. selalu camni lah.. harap semuanye baik2 aje..

Sahur org bujang sorang ni simple2 je mesti nak ambil oat hr2. Hehehe berharap dpt kurangkan kadar kolestrol dlm badan & dpt la dayet skit2 disamping berpuasa ni. Oat tu aku campur skli dgn milo then makan jugak sup ayam kosong . Air kosong minum 2-3 gelas.

Hmmm hari ni aku excercise skit2 hehehe jln kaki lbh kurang 20min . Sebabyer bas rapid x de time smpi lrt tu, So dr tggu bas tu baik jln pelan2 sekurang2 nye boleh jugak sampai rumah walaupun take about 30min . Tapi agak bahaya coz bnyk keta susah nak melintas, kena berhati2 lah. Cuaca lak hari ni ok smbil jln tu ada angin sepoi2 bahasa. Alhamdulillah . Jln tu half way je then smpi tempat ada bus stand aku naik bas kat situ. Memandangkan klu jln dlm 15min lagi br smpi rumah. Nape x naik teksi ? Answer mahal .. x larat la klu hr2 .. duit belanja den pun dh susut dgn bnyknyer even baru msk 2 hari puasa means 2Aug . Lmbt lagi 25hb menjelma... itu la ye terover spend this month.

Berkat jln tu smpi awal dr smlm , singgah kedai jap beli ulam & ikan . Then baru blk & masak . Simple2 aje goreng ayam yg diperap jap dgn sos tiram, panaskan sup ayam & nasi lebihan smlm. Since dh dua hari makan ayam esok aku tukar menu lak, makan ikan goreng . Itu je la diari for today, buhsan2 je . Klu sambil posa dpt kurangkan berat memang satu bonus la. Since aku ni dh golongan obesiti. Dayet2 dibulan posa kena kontrol jugak jumlah kcal yg diambik & kurangkan segala karbo must eat moderate, lebihkan sayuran & buahan & minum air kosong.

Menu tak seberapa aku.. so berapakah kalori yg diambil hari ni? Masukkan lagi nasi satu senduk,air teh o & kurma 2 biji.

Monday, August 1, 2011

Diari 1 Ramadan 1432H

Assalamualaikum kepada semua muslimin & muslimat yg diredhai Allah S.W.T


Ramadan datang lagi, bulan yg penuh barakah. Alhamdulillah doa ku di perkenan NYA , sihat sudah. Selsema , batuk dah baik. Syukur dpt memulakan ibadah puasa dlm keadaan sihat & hari pertama puasa aku x berbuka puasa di opis hooray. Dgn yakinnya tepat pukul 5 chow balik . Insyallah my report akan siap by this wednesday.

Even kuar opis kul 5 , sampai rumah lewat jugak dh dekat pukul 7 pun. Apa lagi kelentang kelentung masuk dapur masak. Hehehe terlebih rajin, plg senang beli aja dkt bazar mcm2 pilihan ada. Masak sekara je cukup la jgn membazir . Ringkas aje aku masak sup ayam & dlm tu letak carrot as sayur. Siap je masak azan dh berkumandang, makan kurma & minum air . Then gi mandi & solat maghrib dulu baru la berbuka dgn hidangan serba ringkas . Alhamdulillah rezeki hari ni makan nasi campuran brown rice & beras Faiza . Actually nak cuba adopt healthy food , that why mesti ada sayur, buah & serat. Air teh o panas je. Tada.. layan la menu x seberapa aku.

Teh O, Tembikai, Sup Ayam, Nasi brown rice+basmati