Saturday, July 9, 2011

Balik Kampung Yg Terpaksa Ditunda

Salam ...

Sob sob.. actually minggu ni plan nak balik kampung yang terchenta . Tapi terpaksa la ditunda next week disebabkan perhimpunan BERSIH yang tak berfaedah tu. Menyusahkan orang ramai je, jln jam yang teramat teruk, banyak roadblock , pengakutan awam dihentikan , malah banyak kedai2 yg terpaksa ditutup disekitar kawasan panas . Ingatkan dengan kawalan ketat pihak polis x ada la perhimpunan tersebut tapi depa ni memang x makan saman, ada jgk perhimpunan tu. Tah mcm mana depa menyusup pn x tau, mostly yg menyertai BERSIH ni dari luar KL menyusahkan wargakota je, sangat2 pentingkan diri sendiri . Banyak la org kerugian besar hari ni sebab premis terpaksa ditutup, aku pn kalau x blk kmpg mggu ni nak la jgk kuar jln2 gi psar mlm jln Tar ke(every saturday), jln2 bukit bintang ke.. Hai apa la nak jadi dgn depa ni.. x tau nak bersyukur , nak negara kita jadi mcm negara lain gamaknye berperang sana sini. Yg untung nyer pemimpin2 perhimpunan BERSIH la .. depa dok sedap2 kat hotel .. pengikut2 pulak yg bersusah payah berhujan , berpanas.

Aku pun join jugak BERSIH ni tapi BERSIH yang wajar wat ...membersihkan apa yang patut je la .. bersihkan rumah ,kemas apa yang patut. Makan simple2 je , x kemana2 hari ni dok rumah je. Bfast dgn cereal & fresh milk, lunch w brown rice , telur mata , ayam goreng crispy , ulam timun & tomato, minum ptg roti bom & dinner low fat yogurt. Then aku layan TV tgk maraton Bones season 6. Itu je la xtvt hr ni n ambk jgk dlm lemari satu novel nak baca kununnyer (dah lama beli tp x baca2 lagi) .Tgk berita td rupanya Pesta Floria thn ni dh start kat Putrajaya , tp mcm x dpt g je thn ni ... takpe la last year dh g . My biznes plan with my mak & adik pn terpaksa la ditunda ke minggu depan . Hehe.. biznes biasa2 je.. nanti dh jadi br post entry .

MY breafast cereal campur2 honeystar,cherio & kellog special K
Dinner Low Fat Yogurt (lunch & tea time x snap gambo)

Friday, July 8, 2011

LUNCH @ RESTOREN SERAI



Salam & Ahnyoung Haseyo,


7/7/11 Aku having lunch kat Empire makan kat restoren Serai . Kat kedai ni ada jugak dijual dessert mcm cake,macaroon & pavlova. Rasa? Ok la boleh tahan . Harga? Agak mahal sekali-sekala pegi ok, hari2 g leh bankrup lain la gaji taraf CFO . Hehehe. Kami datang kira considered awal sebab x lama lepas tu sampai ada yg kena tunggu kat luar until ada meja kosong . Femes jgk la rasanye. Aku order antara menu food yg paling murah kat sini RM15 , yg lain2 considered mahal. Air lak plain water je la. Hehehe




Piramid Macaroon & ada jugak dlm display cermin sekali dgn kek & pavlova . Yg ni ada warning "Do not touch , once broken considered sale ' tengok2 aje la ek. Harga lak satu RM3.90



My food beef kuetiau in oyster sos



Nasi Ambang (ada beef rendang,udang sekor)



Nasi Goreng Kampung with chicken satay & keropok juga RM15



Last but not least Pavlova yg sodap , ni tujuan pi mkn sini nak rasa pavlova for 1st time . Ye la kan nak wat x reti beli je la .

Thursday, July 7, 2011

~ Aku & Dia ~

'SELAMAT MENYAMBUT HARI PENEROKA 2011'

TAJUK: AKU & DIA
NUKILAN : PELANGI SENJA

Aku Dan Dia… Sama
1 Matlamat, 1 Tujuan, 1 Wawasan
Aku Perantau Sejati,
Harus Tahu Bawa Diri
Ingin Berdikari, Merubah Nasib Sendiri

Di Mana Aku Ditempatkan
Tak Menjadi Persoalan
Di Situ Adat Dikendong
Di Situ Juga Budaya Dijunjung

Aku Anak Jantan, Tak Gentar Cabaran
Ranjau Dan Duri Dah Aku Redah
Laksana Manau, Seribu Kali Empat
Haram Tak Patah
Semua Itu Aku Tak Kisah
Asalkan Kehidupan Ku Berubah

Pertolongan Dia Tiada Batasan
Bak Dunia Tanpa Sempadan
Ibarat Air Sungai Mengalir Tanpa Henti
Tak Mengira Haluan… Kanan Atau Kiri
Jasa Dia Tidak Terbilang
Dia Bersama Ku Susah Dan Senang
Dia Lah Sebenar ‘Peneroka’
Dia Lah Perintis, Dia Lah Senior
Dia Yang Memulakan Segalanya
Menentu Sempadan 4 Penjuru
Memecah Kesunyian Nyanyian Rimba
Ada Dahan Teguh Tempat Bergantung
Pohon Yang Rimbun Tempat Berteduh
Benih Yang Baik, Jatuh Ke Laut
Kan Jadi Pulau Jua

Dan Aku…
Kan Perjuangkan Hingga Selesai
Bakti Di Semai, Bukti Di Tuai
Kata Keramat Itu Sudah Terungkai
Tanpa Dia, Entah Aku Dimana
Dia Lah Felda, Hanya 1 Di Dunia

Terima Kasih Pada Rang Tua
Terima Kasih Pada Semua
Yang Memberi Restu, Yang Menentu Arah Tuju
Doa Kalian Tiada Hijab
Kehidupan Selesa Telah Tersingkap

Aku Bersujud Pada Yang Esa
Aku Bersyukur Jadi ‘Peneroka’
Dari Tak Punya Apa-Apa, Kini Mempunyai Segala
Ingin Ku Ucapkan Sepatah Kata
‘Selamat Hari Peneroka’
Buat Aku, Dia Dan Insan-Insan Yang Bergelar Peneroka

Selamat Menyambut Hari Peneroka 2011





Selamat menyambut Hari Peneroka kepada semua warga Felda yang disambut pada setiap 7 Julai. Tema tahun ni 'Melestari Kesejahteraan Peneroka' & bandar pusat Jengka akan diisytiharkan sebagai Bandar Tun Razak semperna sambutan Hari Peneroka dan acara tersebut diadakan di Stadium Mini Nadi Kota , dirasmikan oleh our PM Datuk Seri Najib Tun Razak . (Owh teringat kenanngan belaja di Jengka 6 thn lepas dgn skrg mesti dh bnyk perubahan)


Honestly sebagai generasi kedua aku berbangga menjadi salah seorang warga Felda. Banyak kemajuan telah dicapai dan kini taraf hidup masyarakat Felda sudah berubah disebabkan kenaikan harga komoditi getah dan kelapa sawit.


Peneroka2 Felda datang dari merata-rata tempat yang berbeza dan dari negeri2 yang berlainan. Contohnya Felda Lurah Bilut penempatan penduduk dibahagikan mengikut negeri. Arwah tok wan & tok rombongan Pulau Pinang. Felda2 lain tak sure, tapi Felda tempat aku tinggal x disusun ikut negeri peneroka2 terlibat.


Menyingkap perjalanan hidup kami di Felda banyak suka dan duka. Hidup di Felda suatu masa dahulu tidak sesenang sekarang. Ayah banyak berusaha untuk menambahkan pendapatan keluarga. Ayah berkerja sampingan mengambil upah meracun,menebas bersama kawan2 dan mereka terpaksa meninggalkan anak2 isteri demi sesuap nasi. Ayah dan mak juga menanam tembakau yang diusahakan bersama rakannya , meneroka hutan untuk membuka kebun, memelihara kambing,lembu dan ayam . Ya itu sebahagian usaha ayah dan mak untuk membesarkan kami adik beradik usaha yang tak mengenal erti putus asa.


Komoditi awal ditanam ayah adalah getah sebelum ditanam semula dengan kelapa sawit. Setiap pagi mak dan ayah akan pergi ke ladang untuk menoreh getah. Bila tiba masa untuk menjual getah emak terpaksa balik kerumah dengan berjalan kaki kadang2 diriringi kawan2 (jarak ladang dgn rumah agak jauh) . Aku ketika itu masih kecil dan mak hantarkan kepada jiran untuk dijaga.


Waktu kecil-kecil dulu kami adik beradik juga ada membantu ayah dan mak ajak di kebun koko. Tugas kami mudah,hanya kutip buah koko yang dikait dan meleraikan isinya. Kami juga membantu mak menjemur koko. Bila ayah mendapat hasil dari jualan koko kami akan diberikan habuan selalunya ayah akan membelanja dengan membelikan makanan sedap2 bagi kami ketika tu dh cukup best.


Kini tanaman kelapa sawit menggantikan getah dan ayah mengupah orang lain untuk menguruskan kerja-kerja ladang seperti mengecop sawit . Ayah masih keladang untuk membaja dan meracun dan melihat ladang. Katanya dah biasa ke ladang tak biasa jika hanya duduk dirumah .


Sesungguhnya aku rasa cukup berbangga kerana hasil titik peluh dari menjadi peneroka Felda la ayah aku membesarkan aku dan adik beradik. Bila difikirkan,aku rasa aku tak mampu menyaingi ketabahan dan kecekalan hati ayah dan mak aku. Mereka cukup tabah menjalankan rutin seharian di ladang dan membuat pelbagai kerja untuk menambahkan pendapatan keluarga.


Buat semua anak-anak Peneroka Felda sesungguhnya anda sangat bertuah kerana anda punya ayah yang hebat dan tabah dan juga seorang ibu yang sabar dan cekal . Buat semua Peneroka Felda (termasuk ayah aku Md Saad Muhamad) yang telah berkorban jiwa dan tenaga menanggung segala keperitan hidup demi membesarkan anak-anak anda,aku respek dan aku sanjung tinggi pengorbanan anda semua.



"Selamat Menyambut Hari Peneroka 2011"



Wednesday, July 6, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 1

Slm & Ahnyoung Haseyo..

Entry pertama aku as blogger for wordless wednesday.. layan aje la gambo bunga my mak...



Saturday, July 2, 2011

Home Made Aiskrim


Assalamualaikum & Ahnyounghaseyo

This week balik kampung setelah 3 minggu x berpeluang balik . So we make home made aiskrim 3 perisa jagung,bandung & milo.

Plastik Aiskrim Cap King Kong

Hasilnya sedia untuk dimasukkan kedlm peti ais . Sgt sesuai dinikmati coz skrg ni musim panas .

Friday, July 1, 2011

Mari Menderma Darah

Assalamualaikum & Ahnyounghaseyo all....

Agak lama menyepikan diri dari menghupdate... agak kebizian skit mggu ni, biasa la month end . Mcm ni la rutin aku every month... Lagipn smlm should have goodnight sleep since today aku menderma darah wat ke-3 kali. Event derma darah ni wat kat opis aku, hopefully sihat la smpi blk rumah nti.

My click sibuk mengatakan mitos tentang menderma darah akan menyebabkan berat badan naik. Hmm aku tau sal tu mmg ada kebenaran nye pn... Hehe by my pass experience . Tapi aku menderma ikhlas hope dpt menolong org lain yg memerlukan . Mana la tau satu hari nti aku jugak memerlukan darah orang lain.

Darah aku type O penderma universal . Ok skrg nak cerita pengalaman aku sbg penderma darah . Memula derma @ Uni time & after that last year ... hehehe (aku bkn penderma tegar) . Masa tu takut giler mengigil2 jgk tapi aku beranikan diri & berjaya mengatasi rasa takut tu. Memula kita kena isi form then check up berat , tinggi , hemoglobin & zat besi . Time ni jari dicucuk untuk ambil sampel .. mcm bila jari tangan kita luka terkena pisau. Aku paling x suka part ni . Then jumpa doktor yg bertugas dia akan tanya kita soklan tentang keadaan kesihatan & check blood pressure.

Bila kita dah layak menderma kita akan disuruh duduk di kerusi sebelum nurse akan dtg bwk peralatan . Nurse akan letak ubat bius , then lengan kita dipam (nak cari urat) . Then dia akan cucuk dengan jarum , masukkan wayar untuk alirkan darah. Satu tiub diambil untuk blood test , then yg lain nyer akan msk dlm beg darah yg disediakan. Jumlah darah yang diambil samaada 350ml,400ml or 450ml. After siap ambik darah kita akan disuruh rehat sebentar (x boley trs bngn) .

Kali ni darah aku diambil 450ml plg bnyk sepanjang 3 kali menderma . So darah aku tu akan disimpan di Bank Simpanan Pusat Darah Negara . Entry aku tentang process menderma tu mungkin x berapa complete hehe sbb nama peralatan aku x tau & aku x tengok time nurse cucuk lengan aku (tak sanggup). So kepada yg layak menderma & sihat sila2lah menderma untuk membantu org yg memerlukan . Mungkin darah yg diambil tu mampu menyelamatkan satu nyawa . Next entry aku akan post sal persediaan,kebaikan derma darah&mitos2 & sewaktu dgnnyer.

(ps: skrg ni tangan kanan aku masih lenguh , x dpt nak menaip laju.. mintak maap la bos ... aku nak blk awal hr ni nak dptkan rehat yg secukupnyer)