Monday, September 26, 2011

Gotong Royong On Sunday

Assalamulaikum.....

Yeay.... today dapat bersiaran langsung dari opis since boley acess to blog... so dapek la berblogwalking sambil bekerja.... Hehehe Ni catatan xtvt on sunday iaitu smlm , patut letak entry smlm lagik but since tuan tanah capek maka siaran tertunda la...

Semalam kami iaitu aku, my sis, bro in law & anak sedare bergotong royong kemaskan bilik ke-3 my sis house. Bilik ni dijadikan stor simpan barang2 , since banyak brg maka kena la susun kasi kemas & ada some space.... Really memenatkan but happy with the result . Banyak barang lepas dikelaskan dibuang , yg masih ok & rasa sayang letak dlm kotak susun kemas2... kain baju yg masih ok lipat & simpan dlm gerobok.

Then certain barang hantar pegi my older sister house lain pnya block... which is lemari simpan pinggan mangkuk, rak pinggan mangkuk, meja kecil, kerusi bersantai,katil bujang... Ni la tugasan yg sgt mencabar dari tingkat empat angkat bawak turun ke bawah apartment then bwk gi blok sebelah baik pulak tingkat 3. Paling susah sekali lemari simpan pinggan mangkuk nak bawak turun dari tingkat 4 ke bawah mencabar . Tapi berkat kesabaran berjaya juga sampai ke destinasi. Dlm dok bawak turun kebawah tu ramai jugak yg berminat nak ambik lemari itu but for free la... But we all hntr ke rumah my older sis since mana la tahu nanti aku & my sis dok situ so x yah la beli yg baru.

Malam kami kuar gi makan , dah penat kan makan kat kedai je la. Aku makan cheese nan , yg lain nasi goreng udang, bihun goreng & nasi campur + telur dadar+ayam goreng. Seterusnya ke warta bangi mau cari h/p baru.. my younger sis nak beli ... dah survey sabtu hr tu , mau beli samsung galaxy mini since harga dlm budget dia & ada bnyk function with affordable price. Ada bnyk kedai yg jual h/p tapi kena juga tgk spec,memory card,s/ware installation & plg penting sama ada ori or AP. Kami beli after check few kedai & kedai pilihan x de stock.. katanya sgt laris skrg. Kedai yg lain ada jgk jual tp s/ware kena install sndri ... so tggu lagi la ... balik rumah aku rebus ketupat mini untuk jamuan raya esok.. tunggukan dalam next entry ye.... bye.... mau sambung keja...

Saturday, September 24, 2011

Kunjungan Ke Kedai Bakery Di Bandar Baru Bangi

Assamualaikum......

Kemana kita hari ni weh... moh ke kedai bakery which i like.....(^ ^) . So this evening aku,my sis & sibling pegi ke kedai bakery di bangi iaitu 'Yummie Bakery' . Masuk saje kedlm kedai terus nampak ramai pelanggan yg dtg so kena la bersesak2 ditiap bhgn kedai terutamanya bhgn bhn2. Kedai ni selain menjual bahan2 membuat bakery terdapat juga peralatan2 bakery dijual. Kotak2 untuk bungkusan juga dijual pelbagai size,style & warna. Pendek kata macam2 ada yg penting duit je. Kelas untuk belajar juga ada disitu. Aku opkos la happy dapat ke kedai menjual kedai peralatan & bahan2 bakery ni. Sonok tgk macam2 bahan & peralatan . Mata jadi sgt rambang mcm2 bekenan. Hehehe
Tak lengkap kalau kunjung ke kedai bakery tanpa beli apa2. So total purchase hari ni lebih RM100 . Huhu x dirancang,,, nampak ini nak , nampak yg itu nak jugak bila tiba time nak bayar huhu terlebey sudah... Susah bagi kaki window shopin mcm aku ....
List Barang bakery yang dibeli :
1. 9x5x2.5 bread pan (my sis punya)
2. 4 side grater (dah beli br ni tp berkenan yg mcm ni nye style)
3. Almond flakes
4. Alum foil
5. Almond nibs
6.Baking paper (lama dah cari baru jumpa hr ni)
7.Banana cake mix
8.Blueberry muffin mix
9. 10' Pizza Pan
10.Coconut Pandan Emulco (my sister punya)
11.Kiwi Muffin mix
12.Love shape tin
13.9pc measuring spoon
14.Vanilla muffin
15.Shortening
16.Bread Softner
17.Vege fat for pau

Selain dari Yummie bakery ada jugak lagi satu kedai bakery nama Makcik area situ. Tapi kedai ni agak kebelakang sikit.
Adious

Nota : Rancang perbelanjaan anda ....cuba kawal nafsu...beli apa yang patut shj

Friday, September 23, 2011

Cerita Hari Khamis lalu...

Salam

A long story of Thursday …..

Khamis baru ni aku bercuti kan well ada few catatan lah …actually ada intebiu pagi tu di one shared service center di KL sebab tu la apply leave & few thing to settle gi ambik duti setem & dptkan signature org keja gomen. Cerita sal intebiu tu erm… rasanye mcm x dpt that job since aku x dpt jawab soklan test. X bajet ada test b4 intebiu, terlupa yg memang nature klu nak masuk outsourcing company kena study accounting theory dulu. Aku kan dah few years tinggalkan buku mana la nak ingat semua tu klu x wat revision dulu. Tambah lagi real life situation x de la mcm soklan2 tu.,.. Apa2pun salahkan sendiri je la sbb x well prepared & jadikan pengajaran.

Siap intebiu dah pun kul 11 pagi ambik masa lebih dari 2 jam & opkos terasa sgtla lamanye for the whole process. Hujan2 renyai2 terus ke destinasi seterusnye LHDN di Menara PGRM Maluri Cheras yg terletak di tingkat 9. Process ambik cop duti setem ni x ambik masa yg lama kita kena ambilk no giliran , isi satu form tu, buat bayaran & dapat cop duti setem. Kepada yang x tau apa itu duti setem meh sini nak habaq ‘ Duti setem ialah cukai dikenakan atas dokumen/surat cara yang tersenarai dibawah Jadual Pertama, Akta Setem 1949 yang mempunyai kesan perundangan,komersil atau kewangan’. Kepentingannye adalah kerana dokumen/surat cara hendaklah disetemkan dengan sempurna supaya ia boleh diterima sebagai bukti.

Lunch aku ke MCD di Jusco Maluri since perut sudah menyanyi2 lagu sendu … nak melintas jalan agak berbahaya banyak kenderaan kena berhati2. Menu pilihan set lunch mchicken & jgk oreo mcflurry. Jalan2 cuci mata dulu as usually , tempat pilihan seperti biasa tgk kitchen gadget (brg2 baking) , brg elektrik . Then tgk jugak oven , best mcm2 brand , design , function ada microwave oven, oven, oven toaster , tgk mixer yg bsr2 tu. Nampak satu oven ada sale harga below RM300 besar pulak tu… fikir punya fikir, tengok punya tengok decide nak beli… memang dah lama berhajat ada oven besar yg boleh panggang seekor ayam. Terus je laju renew jusco card dpt voucher rm30 then digunakan utk beli oven tu dpt la harga RM270.

Problem skrg mcm ne nak bwk blk skit punya besar kotak oven tu. Nak x nak aku kena la bwk jugak kotak berisi oven yg berat itu, plg susah masa nak melintas jalan . Masa tu decide nak bwk balik naik lrt je, since jln agak jem & takut harga teksi mahal. Dlm nak nyampai ke lrt tu nmpk bas U40 ke kajang lalu terus rasa nak bwk gi rumah kakak je . Tny kat kaunter bas kat mana nak naik bas tu … huhuhu terpaksa menyeberang blk sebelah sana bas tu kena naik kat tepi jusco. Sib baik ada seorg wanita indon tlg aku jinjing kotak oven tu menyerberang jln.

Dlm dok tunggu2 bas U40 nmpk lak bas B114 dr maluri ke titiwangsa , terasa nak terus naik bas ke Titiwangsa then balik phg terus bersama2 oven. Esok nye jumaat kira ambik EL je… Tapi sebabkan x sanggup nak jinjing kotak oven yg berat tu, tggu jgk la bas U40. After an hour sampai jugak hentian kajang terus ke rumah kakak…

Urusan oven selesai sudah wat sementara . Then tiba waktu mau blk KL balik… dugaan mulai melanda tunggu punya tunggu bas mini x kunjung tiba . Kena naik teksi then x lama pas tu bas mini pun dtg (dah rugi), smpi terminal kajang bas pulak dah lepas …. Tunggu lagi & lagi … tny bas mini yg smpi x de yg nak ke Kajang … tunggu lagi akhir nye ada .. then otw tu decide mau naik komuter . Dugaan lagi komuter ke rawang delay br bertolak dr Seremban , komuter menghala ke SG Gadut (seremban) baru saje lepas . My Sister actually suruh tido rumah dia je since dh mlm , aku lak klu leh nak blk KL. But with no choice terpaksa la berpatah balik , kali ni rejeki tren komuter ETS sampai . Alhamdulillah…selamat sampai ke Bangi

*Moral of the story erm kena ada perancangan kalau nak everything went well (perjalanan especially)…. Jgn ikutkan sgt perasaan “NAK” tu hehehe …sabar & kuatkan kesabaran..

Gamba Mr Oven dgn kotaknye upload later la ek....

Adios,

Niza

Wednesday, September 21, 2011

Bercuti lagi...

Hola ! see tajuk diatas .. yes tuan punya tanah akan bercuti esok ... my application for leave dah pun diapprove. Jangan x caya yg until September my annual leave entitlement sebanyak 18 hari itu satu hari pun masih belum digunakan lagi. Reason nye due to annual leave b/f last year and replacement leave . Ye la kan since kena dtg bekerja di hari public holiday. Aku kan bekerja disektor outsourcing , so selalu la if public holiday jatuh minggu reporting kena dtg berkerja , klu claim OT setakat RM30 hinggit tu sgt la x berbaloinye.. baik ambik replacement leave yg bernilai 2 hari itu.




Bercuti pada hari Khamis & gaji belum masuk x begitu best lor... but aku sudah ada agenda for tomolo . Mau pegi ambik duti setem di LHDN and gi ke sekolah ambik signature pengesahan pegawai kerajaan. Haha hopefully cuaca baik2 saja esok . Duti setem itu untuk matikan tarikh surat perjanjian baru Ujrah dgn PTPTN. Since kena berurusa n dgn badan kerajaan ni baik ambik cuti 1 day je, nak 1/2 day? x sempat dong lagipun jarak opis dr rumah pun jauh.

Saturday, September 17, 2011

Saeng il chuk ha ham ni da! Selamat hari lahir


Assalamualaikum...

Today is 17 Sep 2011/Saturday right? Check calendar! Hehe. Today's my birthday! ^_^ yazzaaaaa~~~~. Teka how old am I today? Jengjengjengjeng~~~~~ Hehe let it be people you really know me je tau ok.

Bertambah another year but as word said 'Age just a number right? (^_#) . Gamba diatas wholemeal carrot kek wat mlm td. 1st time wat kononnye since orange kek tu rekah skit tghnyer so adunan ni dibhg 2 , then siap dibakar jd rendah lak. Will take note on this.. skit berderai mgkn terletak letak minyak lbh n aku guna almond flakes (patut guna yg nibs) .Resepi ambik dari Myresepi dan diubah suai skit. Ptg lak aku wat pudding triffle n mlm ni kami akan membako ayam. Hehe actually bkn la semperna my bday saje mkn2 bersama keluarga.

Ucapan Hari lahir in different language

Arab - Eid milaad saeed

Mandarin - sheng ri kuai le

French - joyeux anniversaire

German - Alles Gute zum Geburtstag!

Hindi - janamdin ki hardhik shubhkaamnaayein

Italian - buon compleanno

Japanese - Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!

Korean - Saeng il chuk ha ham ni da!

Swahili - Hongera! or Heri ya Siku kuu!

Tagalog - Maligayang Bati Sa Iyong Kaarawan!

Tamil - piranda naal vaazhthukkal

Catalan - Per molts anys! or Bon aniversari! or Moltes Felicitats!


Friday, September 16, 2011

Kek Orange Moist

Assalamualaikum...

Entry ke-3 for today... terlebey rajin... idak la... Actually due to ada topic mau cerita , ada kesempatan & line tenet di kmpg ok. Hahaha so jadinyer 3 entry for today.. Tgh hari td aku bikin kek perisa oren resepi hasil dr google & ubahsuai . Blog sape x ingat lah , but aku adjust2 sndri.







Bahan-Bahan


5 Biji Telur Ayam

15 gram Ovallate / Sponge Cake Stabilizer (agak2 sukatannye)
3 Biji Limau

100 gm Mentega Dicairkan

1 cawan Minyak Jagung (canola oil/sunflower pun boleh)

Gula Aising (1 1/2 cawan) *

Orange Emulco -satu sudu besar*

Tepung Naik Sendiri (boleh juga guna tepung gandum / wholemeal diayak dgn soda bikarbonat & baking powder)*

Almond Flakes untuk hiasan*


Cara-Cara


Ayak Tepung untuk elak dari berketul-ketul

Basuh & Parut Kulit limau (jgn sampai nampak kulit putih nanti pahit)

Buang bahagian putih kulit limau & blend bersama sedikit air & gula

Putar gula dan ovallate hingga sebati .

Masukkan telur satu persatu dan putar hingga semua bersatu. Tukar pada kelajuan tinggi dan putar sehingga adunan pekat.

Perlahankan kelajuan dan masuk kan orange emulco

Masukkan parutan kulit oren dan juga oren yg telah diblend tadi.

Masukkan minyak jagung & mentega cair

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balikk an sehingga sebati

Tuang dalam loyang pembakar, ratakan dan taburkan almond flakes dan bakar 60 minit suhu 160-170. Untuk check kek sudah masak cucuk kan bhgn tgh dgn lidi sate jika tidak melekat maka kek telah pun masak.


Selamat Mencuba...


Nota: Kek kali ni bghn tghnye merekah setelah di google2 punca nya adalah :


1. Loyang Pembakar terlalu kecil @ suhu oven terlalu panas. Selalu nye kek yg dibakar dgn loyang loaf atau loyang ring mudah retak pada permukaan kerana saiz nye yg kecil


Yup aku guna loyang ring .... non-stick.....