Assalamualaikum....
Today jln2 ke mid valley , kuar agak lewat skit gara2 tgk ANTM cycle 16 kat star world . Ingatkan ada satu event je but actually ada 2 KL photography & Malaysia cocoa & chololate day. Since free masuk je la kan tgk apa yg ada.
Kepada sesiapa yg x mengenali buah koko ni la rupanya. Rasanya pulak masam2 manis. Sebelum buah koko ni jadi coklat bnyk process nye.. Antaranye mengait,kumpul,belah,peram,jemur.
Tengok buah2 koko ni teringat kenangan masa kecik tolong mak ayah kumpul buah koko yg dikait, mengorek isinya & tolong menjemur & jugak halau ayam2 yg curi mkn. Biasanye pas jual koko kering ayah akan belanja kami sekeluarga makanan sedap2.. hehe
Coklat Angry Bird pun ada dijual tapi x beli since rm6 satu
Then pas round2 pameran cocoa & chocolate gi pameran photography pulak. Hmm gamba yg diambik x bnyk segan since tgk mostly semua pengunjung kat sini bwk kamera dslr yg canggih tu. Mcm2 bentuk ada yg bsr 4 segi, nikon , canon dsbgnye. Lense pun mcm2 jenis . Pameran ni mostly jual assecories kamera & kamera tu sendiri. Mana booth yg ada awek cun ramai dtg ambik gambo
Ramai org agak sesak skit nak jengok2 booth susah.
Booth ni dgn wat promosi apa tah... tapi ada 2 org awek cun so makin ramai la org dtg tgk.
Siap jln2 di dua2 pameran gi kesini lak Pets Wonderland. Setiap kali ke mid valley mesti singgah kesini tgk binatang2 . Kucen2 parsi tu comei sungguh tapi bila tgk reganye .....dpt tgk pun jadilah.
Lagi satu tempat x miss singgah klu ke Mid Valley MPH . Mcm2 buku ada & since MPH ada concept sama dgn kinokuniya leh baca kat situ (buku yg dh dibukak la). Aku spend most time kat MPH tgk buku2 masakan . Mcm2 ada dr masakan lauk pauk, kuih muih, pastry, kek semua la. Mana yg dibukak selak2 tgk resepi. Buku resepi aneka muffin & cup cakes , kek yg ni aku belek2 lelama.. hahaha... Ada few book nak beli nanti iaitu buku resepi masakan Chef Hanieliza ada mcm2 resepi aneka kuih talam, minum petang , aneka kek & pastry. Selain tu ada jugak buku masakan Chef Hanieliza yg disertakan dgn vcd .
Ke Jusco pulak aku straight ke bhgn jual peralatan letrik sesaje je verangan2 sambil tgk2 . Nmpk oven bersaiz besar yg biasa kita tgk chef guna dlm tb tu... Mahal nye harga plg murah pun RM26xx . Tapi lagi mahal lg elok la kan. Kita mampu tgk je la. BM pun ada kat sini brand kenwood harga start dr RM350 keatas . Aku tgk2 jugak kitchen gadget piza pan sini lagi murah dr beli hr tu. Bowl besar tu pun lagi murah dr pasar raya dkt rumah. Pinggan mangkuk corelle tu cantik2 tapi mahal sgt. Betul la kan minat kita ni seiring dgn usia , baru la faham nape mak2 , kakak suka kumpul kitchen2 gadget nih.
Nota: Today aku totally berjaya hari ni berwindow shopin tanpa beli apa2 . berjaya kawal nafsu membeli since sentiasa mengingatkan diri yg poket dh makin susut & ada event nak join nti. Kejayaan terbesar nih... Harus diteruskan lagi pada masa hadapan
No comments:
Post a Comment