Friday, October 21, 2011

Markisa



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all....



Hari nak cerita tentang pokok markisa or known as passion fruit. Pokok ni ditanam kat tepi laman rumah last year, ayah & mak beli dari uncle chinese sepokok anak markisa dengan harga rm4. Buah markisa ni juga dipanggil buah susu, menurut kata mak zaman kecik2 dulu dia mkn dgn cara belah & taruk gula je. Ada dua jenis buah markisa ni satu berkulit kuning satu lagi unggu. Yang ada kat rumah ni warna merah (bukan unggu mungkin dari jenis baka merah hijau tu). Rasa buah ni masam2 manis . Kalau petik buah ni masa muda lagi rasanya sangat masam. Ayah bina para & letak pukat untuk pokok ni menjalar. Kalau nak tahu lebih lanjut leh check kat wikipedia ye semua.




Sabtu baru ni 15Oct11 tgk agrotek kat tv1 ada tunjuk sal perusahan pokok markisa di Kedah leh check sini info sal tanaman markisa di Kedah. Cam x caya je depa beli anak pokok markisa dgn harga RM250sepokok (mahainye) so kami dok ulang dengar .. memang betui seperti disebut pengacara tu. Dalam laman web tu ada distorikan cerita sal pengusahaan markisa nih. Dikedah markisa ni dikomersial kan dijadikan kordial,jem & jeli & jugak menjual buah segar. Buah ni x ramai yg kenai, x bape glamer di Msia since kebanyakan terdapat di negara2 tropika dan sup-tropika terutama di Australia, India , Kenya, New Zealand & Hawaii. Kat negara tersebut buah markisa di tanam secara komersial . Buah ni mula keluarkan hasil dalam jangka masa 5-6 bulan selepas ditanam & menurut wartakedah.net jangka hayat nye dalam 7-8 tahun & usia produktif setakat 4 thn je . Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.




Buah markisa ni aku suka makan fresh je , tak pun buat tea + markisa+lemon+honey sgt mengancam. Ayah lak suka tambah buah markisa dalam ABC kalau stok buah ni ada. Tapi bila tgk resepi pavlova chef kamarul dlm majalah saji baru ni terasa nak cuba wat pavlova & letak buah markisa mesti sedap.


Ni masa memula tanam pokok markisa sejenis tumbuhan menjalar. So ayah bina para & letak pukat nak bagi pokok ni menjalar.




Pokok mulai menjalar

Lebat bebenor daunnye itu pasai la mak bercadang mau tebang , semak katanye. Setakat ni kami x pernah trim lagi bila menjalar ke tanah angkat letak atas balik





Ni la rupa bunga pokok markisa




Gamba atas ni tgk sudah ada putik buah
Ni ler buah markisa ... belum masak lagi masih muda

Adik kite (mintak jadi model x berbayar ek) . Ni gamba masa raya last year 2010.

Rupa isi buah markisa , gambo ni lama punyer ambik buah yg masih muda . Yg dah masak x de lak amek gambo.
Fresh from the garden buah markisa




P/S: Ana aka liemaopurut ni je la setakat ni gambo yg ade dlm simpanan , len kali kita amek gambo buah markisa tgh bergayutan pulak . Beside kol mak smlm buah de tp lum masak lagi. Klu de rejeki pas raya haji nti kita bwk lagi pi opis.


Wednesday, October 19, 2011

Bunga Petola

Salam to all ...


Hari tanpa kata2 .... hehe layan ler gambo bunga petola dilaman rumah . Bunga petola ni menurut kata mak hanya berkembang dimalam hari, so this picture taken during senja. Now pokok ni dah x de , buah nye dah dimasak last week menu petola tumis air.


Berkembang mekar ada bau wangi bunganye
Background belakang tu ada pokok markisa ..




Saturday, October 8, 2011

Jalan2 Hujung Minggu ke Mid Valley

Assalamualaikum....

Today jln2 ke mid valley , kuar agak lewat skit gara2 tgk ANTM cycle 16 kat star world . Ingatkan ada satu event je but actually ada 2 KL photography & Malaysia cocoa & chololate day. Since free masuk je la kan tgk apa yg ada.

Aku gi pameran malaysia cocoa dulu
Ni booth Lembaga Koko Malaysia
Coklat ni kita leh rasa dicelup biskut jejari ngan coklat
Kepada sesiapa yg x mengenali buah koko ni la rupanya. Rasanya pulak masam2 manis. Sebelum buah koko ni jadi coklat bnyk process nye.. Antaranye mengait,kumpul,belah,peram,jemur.
Tengok buah2 koko ni teringat kenangan masa kecik tolong mak ayah kumpul buah koko yg dikait, mengorek isinya & tolong menjemur & jugak halau ayam2 yg curi mkn. Biasanye pas jual koko kering ayah akan belanja kami sekeluarga makanan sedap2.. hehe
Coklat Angry Bird pun ada dijual tapi x beli since rm6 satu

Then pas round2 pameran cocoa & chocolate gi pameran photography pulak. Hmm gamba yg diambik x bnyk segan since tgk mostly semua pengunjung kat sini bwk kamera dslr yg canggih tu. Mcm2 bentuk ada yg bsr 4 segi, nikon , canon dsbgnye. Lense pun mcm2 jenis . Pameran ni mostly jual assecories kamera & kamera tu sendiri. Mana booth yg ada awek cun ramai dtg ambik gambo
Ramai org agak sesak skit nak jengok2 booth susah.

Booth ni dgn wat promosi apa tah... tapi ada 2 org awek cun so makin ramai la org dtg tgk.

Siap jln2 di dua2 pameran gi kesini lak Pets Wonderland. Setiap kali ke mid valley mesti singgah kesini tgk binatang2 . Kucen2 parsi tu comei sungguh tapi bila tgk reganye .....dpt tgk pun jadilah.

Lagi satu tempat x miss singgah klu ke Mid Valley MPH . Mcm2 buku ada & since MPH ada concept sama dgn kinokuniya leh baca kat situ (buku yg dh dibukak la). Aku spend most time kat MPH tgk buku2 masakan . Mcm2 ada dr masakan lauk pauk, kuih muih, pastry, kek semua la. Mana yg dibukak selak2 tgk resepi. Buku resepi aneka muffin & cup cakes , kek yg ni aku belek2 lelama.. hahaha... Ada few book nak beli nanti iaitu buku resepi masakan Chef Hanieliza ada mcm2 resepi aneka kuih talam, minum petang , aneka kek & pastry. Selain tu ada jugak buku masakan Chef Hanieliza yg disertakan dgn vcd .

Ke Jusco pulak aku straight ke bhgn jual peralatan letrik sesaje je verangan2 sambil tgk2 . Nmpk oven bersaiz besar yg biasa kita tgk chef guna dlm tb tu... Mahal nye harga plg murah pun RM26xx . Tapi lagi mahal lg elok la kan. Kita mampu tgk je la. BM pun ada kat sini brand kenwood harga start dr RM350 keatas . Aku tgk2 jugak kitchen gadget piza pan sini lagi murah dr beli hr tu. Bowl besar tu pun lagi murah dr pasar raya dkt rumah. Pinggan mangkuk corelle tu cantik2 tapi mahal sgt. Betul la kan minat kita ni seiring dgn usia , baru la faham nape mak2 , kakak suka kumpul kitchen2 gadget nih.

Nota: Today aku totally berjaya hari ni berwindow shopin tanpa beli apa2 . berjaya kawal nafsu membeli since sentiasa mengingatkan diri yg poket dh makin susut & ada event nak join nti. Kejayaan terbesar nih... Harus diteruskan lagi pada masa hadapan

Sunday, October 2, 2011

Hot News ..... Sang Tupai Bersarang di Beranda Rumah

Yup memang betul sang tupai telah bersarang di veranda rumah... habis syiling kapur ditebuk. Berlubang suda syiling bhgn siku. Al kisahnye this morning kami lepak di veranda rumah then my sis tny apa menda tu ? Nmpk hitam2 mcm sarang angkut2. Then pas ambik tangga bermula la aksi panjat memanjat. Apakah itu? sarang burung walid ke ? sarang angkut2 ke? semua silap tu since pas siap wat inspection rupanya2 sang tupai yg bersarang siap ada anak lagi sebesar jari kelingking kuar nmpkkn muncungnya. Kami semua ingatkan tikus tapi apabila lihat bhn2 sarang tu yg diperbuat dari berasaskan pohon kelapa iaitu sabut kepala & rumpai yg menumpang.

Close up atas tu si menda hitam2 tu rumpai yg menumpang pohon kelapa. Yg dibawah tu tempat lubang udara . Abis Berlubang siku beranda.
Setelah inspection ni la laluan masuk sang tupai di sibur layar
Dekat lagi .. memang sang tupai boleh keluar masuk ikut lubang ni.. Sang burung pun sebelum ni penah bersarang.

Process inspection lubang itam
Si kucing menumpang yg malas ... mintak tolong x mau . Bulat oh bulat tau makan je awok. Kalau la our squirel hunter masih ada mesti dia akan tolong .... windunye pada si Ben (RIP Dec10)


Breakfast for today roti jala with kari ayam. Sodap kari ayam tu resepi omak tercinta. Ada jugak kuih muih ayah beli karipap & tepung talam.

Menu sarapan today roti jala & kari ayam

Saturday, October 1, 2011

Perasmian New Oven in the house

Salam All...

Aktiviti for today ialah majlis perasmian my new oven . Hehe beli baru2 ni seperti yg ditulis dlm entry sblm ni kesusahan nak bwk oven berkapasiti 42L. Brand Malaysia je Cornell jadi la as my 1st oven. Today jugak misi nak bawak balik this oven ke kampung berjaya setelah berbagai cobaan & dugaan. Hanya mereka yg terlibat shj yg tahu... huhu... x yah la share ye... really such a long stori mori.

So today since nak rasmikan new oven tu aku masak muffin blueberry yg ready made punya. Beli masa kunjungan ke Yummies Bakery baru ni. Senang saje since instant kan , tambah aje telur,minyak & air ikut sukatan . Kacau2 sikit then terus bakar dioven yg dah dipreheat dulu. Dpt 12 muffin bako dlm loyang muffin yg doblas tu.Aku google tadi jumpa teknik & tips buat muffin kat rumah Hana Family . Tapi selepas muffin siap bako la... kena letak tgh rupanye, then kena letak 3/4 dr cup .
Mr Cornell tengah masak muffin blueberry
Muffin sebelum masuk oven
Siap dibako & ready to ngap .... tgk ada yg terkeluar cup.. obes terlebey muatan. Garing skit atas muffin blueberry ni . Aku masih belaja cara bako membako ni esp bab2 suhu ni