Friday, October 21, 2011

Markisa



Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all....



Hari nak cerita tentang pokok markisa or known as passion fruit. Pokok ni ditanam kat tepi laman rumah last year, ayah & mak beli dari uncle chinese sepokok anak markisa dengan harga rm4. Buah markisa ni juga dipanggil buah susu, menurut kata mak zaman kecik2 dulu dia mkn dgn cara belah & taruk gula je. Ada dua jenis buah markisa ni satu berkulit kuning satu lagi unggu. Yang ada kat rumah ni warna merah (bukan unggu mungkin dari jenis baka merah hijau tu). Rasa buah ni masam2 manis . Kalau petik buah ni masa muda lagi rasanya sangat masam. Ayah bina para & letak pukat untuk pokok ni menjalar. Kalau nak tahu lebih lanjut leh check kat wikipedia ye semua.




Sabtu baru ni 15Oct11 tgk agrotek kat tv1 ada tunjuk sal perusahan pokok markisa di Kedah leh check sini info sal tanaman markisa di Kedah. Cam x caya je depa beli anak pokok markisa dgn harga RM250sepokok (mahainye) so kami dok ulang dengar .. memang betui seperti disebut pengacara tu. Dalam laman web tu ada distorikan cerita sal pengusahaan markisa nih. Dikedah markisa ni dikomersial kan dijadikan kordial,jem & jeli & jugak menjual buah segar. Buah ni x ramai yg kenai, x bape glamer di Msia since kebanyakan terdapat di negara2 tropika dan sup-tropika terutama di Australia, India , Kenya, New Zealand & Hawaii. Kat negara tersebut buah markisa di tanam secara komersial . Buah ni mula keluarkan hasil dalam jangka masa 5-6 bulan selepas ditanam & menurut wartakedah.net jangka hayat nye dalam 7-8 tahun & usia produktif setakat 4 thn je . Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.




Buah markisa ni aku suka makan fresh je , tak pun buat tea + markisa+lemon+honey sgt mengancam. Ayah lak suka tambah buah markisa dalam ABC kalau stok buah ni ada. Tapi bila tgk resepi pavlova chef kamarul dlm majalah saji baru ni terasa nak cuba wat pavlova & letak buah markisa mesti sedap.


Ni masa memula tanam pokok markisa sejenis tumbuhan menjalar. So ayah bina para & letak pukat nak bagi pokok ni menjalar.




Pokok mulai menjalar

Lebat bebenor daunnye itu pasai la mak bercadang mau tebang , semak katanye. Setakat ni kami x pernah trim lagi bila menjalar ke tanah angkat letak atas balik





Ni la rupa bunga pokok markisa




Gamba atas ni tgk sudah ada putik buah
Ni ler buah markisa ... belum masak lagi masih muda

Adik kite (mintak jadi model x berbayar ek) . Ni gamba masa raya last year 2010.

Rupa isi buah markisa , gambo ni lama punyer ambik buah yg masih muda . Yg dah masak x de lak amek gambo.
Fresh from the garden buah markisa




P/S: Ana aka liemaopurut ni je la setakat ni gambo yg ade dlm simpanan , len kali kita amek gambo buah markisa tgh bergayutan pulak . Beside kol mak smlm buah de tp lum masak lagi. Klu de rejeki pas raya haji nti kita bwk lagi pi opis.


4 comments:

  1. teruja betul nengok buah markisa ni....

    lepas raya haji??? lama tu...tidakkkkkkkkkkkk!! histeria secara gedik sekejap ekekekeke

    ReplyDelete
  2. hehe... minggu ni & next week kan x balik kmpg . Dua minggu berturut2 ke Melaka. The other week baru blk beraya haji. Insyaallah kalau masih ada lagi kita bwk.

    ReplyDelete
  3. last day tengok buah ni kt blog liema...
    ooo..rupenya buah susu...kalau buah itu ucu mmg selalu makam masa sek.ren (rmh kwn) tp yg warna kuning..yg warna merah ni mmg x pernah makan lagi...

    tq bagi info..

    cantik model tak berbayar tu yeak...

    ReplyDelete
  4. Erm mak pun kata dia masa kecik2 dulu panggil buah markisa ni buah susu. Tapi masa dolu2 ada yg jenis warna kuning je. Buah markisa ni bnyk jugak ditanam di indonesia.

    Hehe kembang semangkuk la model x berbayar tu kena puji.

    ReplyDelete