Friday, December 23, 2011

TI Here I Come


Salam Peeps....

Lama x bersiarankan... actually banyak xtvt recently tapi biasa la bila dah malas tu apa pun x hupdate..... Hihihi even kita normally actually everynight on9 but x menghupdate blog more into my new interest/hobby baca manga/komik on9. Ada satu manga kategori shojo ni menarik perhatian kita ... nanti klu rajin kita wat satu entry sal ni.

Back to main topic today kita bercuti suka suki for the last time in yr 2011 b4 next week a busy week for us closing week aka yr end closing. Kita akan ke TI @ Teluk Intan @ Teluk Anson gi rumah my mak youngest siblings mak su. Yg best nanti semua my cousin ada leh la gather2 together2. Kita will leave shortly after this la but mau singgah ke Time Square dulu bayar bill Berukband nih & cuti2 mata jap. My bas to TI kul 3 ptg ni mgkn lam 3 jam smpi la kot.

Cakap sal cuti hari ni .... hmmm patut tulis ke x ... tapi suka hati la kan. Actually leaving opis on the dot smlm with anger,meluat,annoyoing,irritating with someone which is.... sapa lagi my superior. Bnyk lagi yg x puas hati tapi let it be... keja tu tetap keja x kan abis. Cuti is cuti , so kita kena la enjoy our time kan... Kita enjoy uolls...

Ok sampai ketemu lagi dilain entry .....

Cheers,
Niza

Tuesday, December 6, 2011

Ayuh Bersenam ... Gaya Hidup sihat

Assalamualaikum.....

Last sunday me, my sibling,nephew and bro in law gi bersenam kat Tasik Cempaka Bangi. We all nak start amalkan gaya idup sihat... hehehe.... Actually few month back kita pun bersemangat nak kuwuskan badan so 2 week each akan ke rumah kakak mau join senamrobik anjuran MPKJ. Selain tu kita download video senaman dr youtube, google info2, beli peralatan senaman, scale mcm2 la. Tapi hangat2 taik ayam jek, x berterusan so mana la nak berkesan.

So since yg lain mau pegi kita ikut je la sambil tu leh la bersenam. Senamrobik ni anjuran MPKJ dan free untuk org ramai. Dibuat setiap 2 minggu next round 18hb ni. Oleh sbb dh lama x bersenam bertahan 15min je senamrobik then proceed jln kaki, power walk sesikit around taman dgn adik. Ramai jugak la org....

Sebelum memulakan senaman pakai kasut dulu

Moh jogging..
Antara yg hadir bersenam ramai2

Nota: Oleh kerana lama x bersenam kita agak semput skit... mampu berjalan & lari anak skit2 jek... X de stamina kena selalu la jwb nye bersenam..



Saturday, December 3, 2011

Mek Kelate Loghat Utara


Assalamualaikum...

Last week kita menerima tetamu istimewa from Kelate Darul Naim, Zierah yg datang bercuti semperna cuti umum. Happy to see her again since for me dia adalah my besties . Kenal each other for a long time since uni & used to be my roomate & housemate. Teringat zaman when we used not be roomate that time and were in different class during diploma time .Where kita stay at her room watch bersama2 meteor garden . Bersengkang mata nonton gara2 mau tgk Hua Ze Lei and Dao Ming Si . Study bersama, masak2 bersama, group project bersama & bnyk lagi la. Really such a beautiful memory with someone we care about. Beside masa di jengka dulu kita selalu ikut dia balik Kampung Awah . Kita tulis entry 'mek kelate loghat utara' sbb actually zierah used to work at KB and even that dia still cakap loghat utara pekat, citarasa masakan pun utara . Katanya dia lunch dia mkn ringan2 je , blk rumah baru masak x leh ikut selera kelantan. Hehehe sgt unik .

Ok enough story about our memory, Zierah mai on Friday since Kelate weekend . But i really feel regret sbb x dpt ambik leave since really busy that day closing day. X dpt entertainment dia chill out together2. So i try my best finish my job , help others and leave on the dot.. not early ya.... Sian sama zierah since dia smpi KL kul 9 pagi & suppose lagi awal tp bus dia rosak diperjalanan. So dia jln sensorang dulu area SOGO, Jln Tar & Masjid India (lupa nak bagitau dia tempat2 yg de panggung wayang) . Then pas dia siap jenjalan kena tunggu kita balik keja kat masjid jamek.

Saturday kitaorg pi jenjalan The Curve, Ikano Power Center and Ikea . Jalan2 cari makan & tgk movie together . We all me , zierah and lida tgk Breakin down ... quite ok twilight saga nih... Jln2 sampai lenguh kaki & then makan kat secret recipe. Balik lak singgah ke Tesco beli brg mau buat kek and that night kitaorg bikin rainbow cake instant punya .

Sunday kuar agak lewat since hujan .... tapi actually bila kita fikir balik agak rugi sbb x manfaatkan masa dgn berjalan2 dr awal pagi. Kami pi mkn kat gerai makan tepi mydin masjid india dlm perjalanan kat bazar tu terbau semerbak cempedak sgt la sdp tapi x dpt beli tgk ramai sgt org. Then ke KLCC jln2 maksud isetan bhgn market sayur-sayuran & buah-buahan nmpk sgt segar. Next gi ke cold storage jenjln & stop beli banana chocolate crepe .... sedap. Ke foodcourt teringat cerita lida tentang lasagna foodcourt KLCC so haruslah try. Ok rasanye but terbubuh bnyk chili flakes so sgt la pedasnye.. Sekali sekala makan ok la hr2 ? oh tidak.. Kami ke kinokuniya pulak belek2 buku ... Penat sudah dgn perut yg sendat meneruskan perjalanan ke Stesen Putra untuk hntr zierah pulang ke KB..... Hujan gerimis menjemput kitaorg....

Really have a good time together even in short period. Thanks so much zierah for the visit really appreciated ... Next time we have to plan bebetul harus manfaatkan masa yg ada should decide tempat nak gi jenjalan, xtvt dll....




Offday..Jalan2 Ke Mid Valley

Assalamualaikum......

Entry xtvt smlm semperna offday actually bercuti .... mau clear annual leave . So decide pegi jenjalan ke midvalley , ikut plan asal mau blk kampung tapi kita tukar plan this week x blk but next week dari jumaat sampai selasa. Gi jenjalan ke midvalley with my sis so seawal kul 9pagi dah kuar rumah sebaik org2 berkerja sudah masuk opis. Tapi x sangka still ramai org maybe sbb cuti sekolah skrg ni . Sampai dlm kul 10 and while waiting fr my sis g jenjalan msk jusco dulu x sangka dr1-2Dec ada JCard day. Sgt best tapi sekadar tgk2 je x de plan pun untuk shoping, cuti mata saje.....
Bukak saje sudah ramai org dtg semangat YES betul

Santek kan deco ni tapi leh tgk je la masuk x boley ok

So after my sis datang kami terus ke tujuan asal ke GSC beli tiket movie. Beli tiket for 2 movie hahaha layan........ kami decide nak tgk Ombak Rindu and Puss In Boots . Since friday so tiket queue x panjang tapi jgn x sangka even friday full panggung masa tgk cerita ombak rindu tu mesti peminat novel ombak rindu & jugak aaron aziz. But for me cerita ni x brp best sgt leh la kasi 3 bintang , agak boring & mendatar cerita nih. Paling kita x suka tgk maya karin as izzah cara dia pakai tudung x cantik. Rasanya mau tunjukkan imej org kampung tapi x kena gayanya... anak tudung terkeluar... org kampung skrg semua pakai tudung cantik2 terletak elok. Tapi pemandangan kampung izzah yg kat bendang tu cantik. Bukit dkt belakang bendang tu ada air terjun cantik sgt. Beside kita dgn adik suka kat kucing izzah tu comei....

Haa kan x ramai org masa ni still awal & weekdays
Movie kami start kul 11.30 pagi abis kul 1 lebih then terus gi cari tempat makan. Actually dah decide pun... kita dah intai2 tmpt ni masa gi midvalley lbh krg sebulan dua yg lalu . Jarang ke midvalley since terlalu sesak dgn org during weekend. Restoren yg dimaksudkan ialah Pancake House.... Overall menu yg kami order weekly lunch (lg murah hehe) portion banyak x abis mkn so tapau club sandwich tu. Weekly lunch disertakan sekali ice lemon tea & menu pilihan kami Taco, club sandwich, blueberry pancake and mini pancake. Taco tu ok tapi bnyk sgt bawang bombay diracik halus so jadi payau mulut. Club sandwisch ok tapi bnyk jugak portion & ada sekali fries. Yang kita suka blueberry pancake dlm pancake tu ada blueberry & syrup dia juga rasa bluberry. Yang mini pancake tu syrup ni biasa je maybe maple syrup kot...

Ni la restoren nye.. kami makan kat bhgn luar
2PC BEST TACO RM12.29
CLUB SANDWICH RM13.24
2 PCS BLUEBERRY PANCAKE RM9.90
2PC mini Pancakes RM0.99 with purc weekly lunch set 
Then we all proceed tgk next movie puss in boots , memang best recommend utk pi tgk. Penuh jugak panggung dgn ada parent yg bawak anak2 , couple dsbnye.. Sesuai ditgk semua org fun,cute .... esp masa puss wat mata besar tu, masa dia nari salsa dgn kitty.. Tgk la x rugi tau.. Dpt la balance kan mood mendatar dgn ombak rindu.
Singgah ke malaysia international game show ... x bape bagi bkn peminat game cam kita... ni  optimus prime kat booth air asia.
Ni Free booklet tempat2 makan dimidvalley & the garden. Leh ambik satu kat tepi directory
Masa nak balik lak tren KTM wat hal lama tunggu punya la ramai org even baru kul 5. Kami hanya dpt naik tren yg ketiga itupun bhgn campuran. Bersesak2 ... rupanya kajang ada banjir kilat yg sgt trk. So ktm delay la ... dgr brta mlm tadi disebabkan hujan turun dgn lebatnya sejak kul 2.30 ptg. Abis la kedai kat metro kajang yg bwh tnah tu konpem air naik memenuhi kedai depa ... my sis kata ada kedai emas, kedai2 makan (mamak antaranya), kedai jual peralatan sukan adidas dll.... Btw really having a good time with my adik... & this weekend will spent time with my sis & family....

Thursday, December 1, 2011

Selamat Hari Lahir Mak...



Syukur alhamdulillah hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran mak yang ke 60 . Sesungguhnya detik masa berlalu sangat pantas , secara tak sedar aku tak sangka betapa umur mak sudah meningkat. Kasih sayang pada mak pada kami adik beradik tiada tolok bandingannya dan sesungguhnya aku sayang mak. Terima kasih atas pengorbanan yang telah mak lakukan dalam membesarkan kami. Terima kasih kerana melahir, membesarkan dan mendidik kami . Terima kasih kerana kasih sayang yg x berbelah bagi, segala nasihat teguran & leteran dalam menjadikan kami insan berguna. Terima kasih mak atas segalanya . Tiada kata yang dapat aku ucapkan dari syukur kepadamu Ya Allah kerana menganugerahi kami seorang ibu yang tiada tolok bandingannya. Semoga mak dilimpahkan kesihatan berpanjangan , keberkatan rezeki dan ketenangan hidup dunia dan akhirat. Terima kasih atas jasa-jasa mak yang tak terbalas.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mak pada anak2 sgt x terhingga, tanpa mak siapa la kita hari ni. Semoga mak tidak pernah letih dan jemu untuk menasihati anak2 mak .

Sayang Mak :)




Wednesday, November 16, 2011

PMP

Assalamualaikum....



Year end hampir tiba so as pekerja makan gaji kita kena mengfillkan performance appraisal form untuk dinilaikan prestasi keja untuk determine performance bonus and increment next year. Huh... terasa beban nye nak ngomplete form nih maklumlah kena tulis mcm2. Format form this year dah berubah , lagi strict. Kena tulis lak job desc,achievement,strength,weakness. Nak rate kan markah sendirik lagik ... Banyak tul keja , actually mr bos dah bagi since last week lagi & date line nyer jumaat ni. Tapi biasa la suka wat last minit.



Susah gak sebenarnye nak nilai prestasi sendiri, siyes bila nengok form blank x tau apa nak tulis. Even in term of keja x de prob pun semua deliver in time , dgn client pn hokey, teamwork? behaviour? bla..bla... bnyk criteria pmp nih. Lagipun kalau rate rendah sgt kang langsung x dpt bonus & increment nganga je la jawabnye. Erm kita letak rate sendiri markah then terpulang pada bos nak kekal/turun/naikkan mata tuh. Tambah lagi dgn sistem rating tuh lagi naya (ada yg x dpt tau) . Selain tu performance kampeny & department semua jadik faktor untuk pemberian bonus. As untuk kita lak hanya bergantung kepada performance bonus (13th month bonus x de) sgt la berharap dpt duit tambahan . Tapi memandangkan keadaan ekonomi skrg & kampeny sendiri hanya mampu berharap je la. Doa2 kan yek... amin...


Gamba2 dibawah nih ehsan en google...










Saturday, November 12, 2011

SmartPhone/Tablets/Broadband

Hola ....


AIM tgh berlangsung skrg ni tapi kita tgk 1 hr je.. hehe . Ni mau ngetest new b/band in the house . So far ok la maybe x exceed limit lagik. This evening kita pi times square niat nak pi pagi tapi sebab hujan terbantut la niat dihati . Di Outlet XXXX ramai bebenar pelanggan kebanyakan nye beli new launching smartphone from Samsung iaitu tak lain x bukan Samsung Galaxy Note yg baru launching smlm. Selain tu ramai jugak yg beli samsung galaxy tabs . Kita lak beli b/band je la yg lain2 tu x mampu lagi nak miliki wat masa skrg. Teringin jugak ada smartphone+tablets in 2 in 1 x payah nak ngangkut bnyk2 gadget . Infomation di hujung jari ... kelas gitu. Maklumla kita selalu x update selalu tau news/berita lambat eg baru ni ex housemate accident dah few days baru tau since x de online FB. Susah jugak kan lagipun diopis kami x leh acess tenet, hp lak x leh wifi. Skrg ni infomation dihujung jari so bagi yg x de cam kita dikira ketinggalan bas la. Cerita lagi sal samsung galaxy note nih smlm ada kuar dlm sun newspaper, teruja weh maklum lah sblm ni suka galaxy s 2 skrg kuar lagi latest 2 in 1 lak lagi la better. Insyallah one day nak ada jugak smartphone+tabs nih. Nak tau lebih lanjut refer la blog mummy cik aiyu maikorner ada satu entry sal new smart phone nih. Kita tau galaxy note ni 2in1 dari blog dia lah. Skrg rasa x praktikal dok usung lappy/camera/hp bagai kesana mari, better ada yg 2 in 1 'semua ada'. Hmm verangan dulu lah...

Bye.. see ya...

Friday, November 11, 2011

11.11.2011 11:11AM



Assalamulaikum.....

Bertemu dipagi jumaat yg penuh barakah ini. Tarikh hari ni sgt istimewa kan 11.11.2011 cuma datang sekali dalam tempoh satu abad. So sudah tentu la ramai yg mengabdikan tarikh ni utk special event/moment i.e bertunang/nikah/kahwin/kelahiran bla.. bla... Kita lak ditarikh 11.11.2011 ni x de apa yg special pun hanya menghadirkan diri ke opis , rutin minggu bekerja . Saja nulis entry ditarikh yg special ni jarang2 berlaku as akhbar sun hari ni kata 'Today thousands will gather for ceremonies,dances or day-in-the-life video project around the world on this auspicious date'.

Satu perkara je la for me on this date kita dah terminate kan berukband xxxxx kerana coverage nye diarea rumah sgt x okey. Sgt slow kalahkan siput amat x berbaloi la. So this weekand mau subscribe new broadband xxxx . Terniat jugak mau ada gadget dihujung jari so bila2 masa leh acess tenet seperti smart phone, ipad/samsung galaxy tab... Huhu angan x sudah . Tapi bila memikiorkan budget nye ngak ada ketepikan la dulu niat murni itu, masih ada yg lagi penting dari tu yg kita berhasrat nak accomplish by next year. Apakah itu ? Hehehe biarlah rahsia ....

Wednesday, November 9, 2011

Harum Semerbak ... Buah Kuinin

Assalamualaikum....

Al-kisahnye today kita bawak beberapa biji buah kuinin untuk bagi opismate since ada permintaan dari Ciklynn & jugak bagi sama besties. Perjalanan bawak buah kuinin x de prob bau nyer x tersebar dlm train. Selain tu kita jugak bawak anak pokok markisa nak bagi ana & jugak few biji buah markisa. So smlm tido bertemankan bau buah kuinin.....

Masa mengagihkan buah kuinin tu habis baunyer tersebar satu opis .... sowi la ek... memang menarik perhatian betul.. ada yg kata bau buah durian, ada yg kata bau buah bacang. Hehehe... tapi kebiasaanye org melayu lebih kenal buah ni , yg chinese x berapa tau. Tapi ada yg kata suka dgn bau buah kuinin .


Kebetulan balik kampung baru ni musim buah kuinin x terabis makan .... kitaorg x wat sambal pun makan fresh je. Kupas kena tebal sikit takut getah dia masih ada potong2 siap untuk makan. Kena hati2 jugak coz biasanye ada penunggu (lalat buah) . Buah kuinin ni bagus untuk perncernaan x caya leh try ...... Pokok kuinin tu ada kat blkg rumah tinggi dah pokok nye... & skrg dah susah nak cari buah ni x ramai yg masih tanam. Termasuk la jugak buah jambu bola, jambu susu, rambai,tamban susah nak dapat .

Sebakul buah kuinin (hiasan semata2) korang ambek bau je la ek


Tuesday, November 8, 2011

Return Back To Kolumpo

Hmm... sedar x sedar sudah 5 day bercuti maka tiba la masanya pulang ke kolumpo. Tempat untuk mencari rejeki. Sekejap je rasa masa berlalu esok dah kena start keja balik.... kena pupuk semangat nih since this month singkat fr us . Kita sampai kl td tgh hr x de jam sgt cuma kenderaan bnyk. Dibandar raub & bentong mcm biasa bila musim perayaan nih jln jam kenderaan bnyk. Kita naik bas central je tadik malas nak berjalan ke bus stand baru dgn risiko tiket bas dah abis, so naik ke la bas lompat2 lalu jln lama bentong-raub. Perjalanan ambik masa yg lama tapi dpt tgk view yg cantik.

So ptg td abis kan masa ptg td dgn nonton tv tgk mcm2 cerita antaranye tooth fairy, criminal minds, ncis. Then tgk final episod drama sofiyya sib baik happy ending. Malam ni jugak last ep jiwa & lara. Eventhough aku x follow pun kedua2 cerita ni saje nak tgk.

Entry tertunggak smlm .... kita wat 1st trial pavlova yg glamer itu. Resepi follow banyak sumber antaranya youtube,joys of baking,irmadilondon,salam2benua,buku resepi saji,blog rima dll... Menjadi pavlova tu tapi klu berhajat nak wat lagi lain kali kena kurangkan gula tu ... manis sangat. Sib baik rasa masam markisa tlg cover rasa manis tu. Kita letak whipping cream yg ready made pny ke coz senang, kita jugak letak perbagai buah kiwi,bluberry,anggur hitam,strawberry,rasberry & markisa. Len kali klu letak strawberry & kiwi pun dh cukup. Kurang skit cost buah-buahan tu.


Minum petang pulak wat kuih bakar pandan @ pun org lama2 panggil 'bengkang' . Resepi ambik dari blog annqawina tapi ada adjust2 skit la letak telur kuning je lebihan wat pavlova tu. Suka kuih ni esp makan masa masih panas lagi. Next time leh wat lagi.

Mix berry milk shake ni lak terhasil since ada lebihan buah-buahan wat smootie & pavlova tu. X baik membazirkan so this morning kita campurkan buah strawberry,bluberry&rasberry, masukkan jugak susu tepung(ni je ada kat rumah) , gula & air blend semua and ready untuk minum.

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Assalamualaikum....

Salam Aidiladha wat semua umat islam didunia & juga wat semua pembaca my blog yg x seberapa ni. Macam mana sambutan raya korang? Kita sambut biasa2 je masak juadah serba sikit . Alhamdulillah dpt daging korban pemberian jiran tetangga (2 family) selain tu rejeki hari ni dapat nasi dagang + kari ikan tongkol & jugak nasi tomato bersama ayam masak merah.
Antara juadah kami masak rendang daging, ketupat palas , ketupat daun pisang & jugak ketupat nasi & kuah kacang. Resepi untuk kuah kacang tu ambik dari rinchan (fotopages) tapinye terlebey blend halus kacang tanah tu... patutnya kasar+halus. Aku wat bersama2 my sis ur 1st trial. Selain tu ada lagi satu juadah , mak masak laksa penang .


As requested by mak sebiji kek for raya. So kita wat kek pisang guna yg instant punya hanya tambahkan telur , pisang lecek & minyak sayuran. Alhamdulillah menjadi lembut teskturnyer even kek tu merekah diatas permukaannya. Jenuh menadjust suhu yg sesuai supaya kek x hangus .

Rupanya x cantik tapi rasanye ok.. yg penting x terlebih manis since mak & ayah x suka yg manis2 ni.

Cadang nye mau buat fruit cocktail so masukkan semua bahan diatas dlm satu mangkuk besar. Dapat banyak , since susu tu x dimasak bersama kastard ada yg tny. Konon nye kita nak ikut resepi kwn opis x masak kan susu cair dgn kastard.


Rupa puding koktail kita , saje campurkan buah peach coz sedap. Fruit koktail ni terlebih banyak x padan dgn isi rumah & ditambah lagi dgn bnyk makanan lain . So aku masak balik susu tu dgn kastard then letak dalam bekas & masukkan buah campuran tadi. Still dpt bnyk 3 bekas, so satu bagi my neighbour since rumah dia ada ramai budak berbanding rumah kami. Hopefully depa suka la dgn puding tu.



Saturday, November 5, 2011

Sarapan Hari Ini

Assalamualaikum....

Today a little busy day.. hari masak2 persiapan utk rayo aidiladha... wat ketupat palas,nasi & rendang. Ni tgh menghupdate sambil tgk cite dollah hapak kat astro prima ... best funny..
For bfast today kita masak puding roti dgn sos kastard.... tak berapa menjadi coz bancuhan susu terlebey so jadi lembik my puding. Tapi rasanye still ok guna roti butterscoth & letak bnyk kismis.. sayangnye x baje jadik.. 1st tym try .

Ni le rupa puding roti tu b4 msk oven
memang nmpk terlebih lembik kan... huhu
Selain tu pagi ni mak masak nasi lemak makan bersama sambal ikan pari + telur rebus + timun. memang terbaek...

Ok la mau sambung nonton then masak2..


Friday, November 4, 2011

Mix Fruit Smootie

Assalamualaikum...

Bersua kembali di hari jumaat yg penuh barakah ini. Btw tuan tanah selamat sampai ke kampung halaman yg terchenta tgh hari td. Ada skit dugaan bila tiket bas ke bndr raub x de (means yg leh smpi b4 bas ke kmpg bertolak) . Luckly ada bas mara lena gerak agak awal yg lain2 lewat skit. Then bas utk msk ke kmpg lak pancit kat bus stop tuh.... cuak gak klu x de ganti next trip kul 3.30 ptg nti. Klu x sanggup tunggu kena naik teksi ... mahai rm40. Tp sib baik la masih ada bas ganti utk mengantar kita ke kmpg.

Sempat beli belah sikit2 kat pasar bandar raub beli petai, daun palas, sarung ketupat nasi , gula kabung & pisang mas. Mak kata cam la dok bndr semua nak beli. Tp kira ok la coz smlm kat psr tani kat kmpg mak x sempat nak beli daun palas , habis laris sungguh. Barang2 tangkapan x sempat amek gambo ... nanti la ek klu rajin....

Lunch tadi mak msk sambal petai dgn udang wat yg kering nyer version... bertambah ayah makan. Lagi lauk lunch hr ni ikan goreng & sayur pucuk paku.

Then back to topic today wat mix fruit smootie ... sng je campur saje buah2an , plaint yogurt, susu (klu suka), gula & ais. Klu nak tambah aiskrim vanila pun boleh. Pendek kata ikut kita la nak letak apa yg sesuai la. Oh ya rupanya plain yogurt tu sangat masam so jgn la taruk bebanyak susah nak adjust nti,
Ni la bahan2 kita guna utk wat mix fruit smootie ada buah2an local and non local. Kita campurkan je semua buah yg ada kat rumah antaranye kuinin, mangga,mempelam telur,pisang mas,markisa,tembikai. Buah non local lak blueberry,rasberry,strawberry,kiwi & anggur. Meriah kan . Gambo tu hiasan jek x la letak semua pisang , mangga & pelam tu. Masukkan jugak plain yogurt, susu, gula & ais.

Ni la rupa mix fruit smootie kita wat... by tgk bahan je dah tau dpt bnyk kan.... hehehe... cuma aku , adik & ayah je suka, mak x suka benda yg de rasa masam2 nih
Ni pisang tanduk pemberian jiran 4 biji semuanya .. dah selamat mak buat kerepek pisang..




Melaka Trip Part 1



Assalamualaikum...

Tatkala menulis entry ni hujan tengah lebat menggila diluar sana. Cadangnya today mau balik seawal mungkin ke halaman kampung yg terchenta, tapi apakan daya kuasa Allah maha besar hujan turun dengan lebatnya. Hujan jugak satu nikmat kan.... Tapi takpe jap g kita balik la ke kampung..

Cerita sal entry tertangguh last week pamely trip ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Banyak dugaan for me nak dptkan satu hari cuti on cut off week , tgh hr khamis tu dpt email dr pn bos 'since u be on leave tomolo plz help as much as u can' . Hehehe dh jangka pun every month we all dpt same email.

Our trip to Melaka bermula dari Bangi so it take about 1 1/2 hour (9am bertolak 10.30 sampai dah) untuk sampai ke Bandar Hilir. Kami park keta kat dataran pahlawan then terus pi A Farmosa. Ramai jugak pengunjung walaupun hari Jumaat.
Our Family Trip Begin ni je gambo 1 pamely yg sempat snap


Sampai sudah... mulakan perjalanan ke A Farmosa

A Farmosa
Ramai pengunjung hari tu rombongan sekolah & jugak org bercuti semperna deepavali




menuruni tangga ke next destination
Berjaya sampai sudah

kami gi ke famous building Stadhust
Beli tiket utk masuk museum . Harga nye rm5
Kusyuk tgk barang pameran

Hulubalang
To next destination

Bersambung in next entry