Lama tak berhupdate blog ni... kasi cuci & tiup sama abuk dulu ek..... Ok let start , punya la lama tak berhupdate sampai blog dah tukar template pun tak tahu... hehehe... Actually x de apa nak disharekan , x banyak aktiviti menarik ditambah lagi kemalasan melanda.
Last week kami semua adik beradik balik kampung untuk menghadiri majlis pertunangan cousin (sebelah mak) . Since semua ada so decide nak bawak apam polkadot sumbangan untuk majlis tersebut , so kami adik beradik bergotong royonglah wat dari petang ke malam menyiapkan 5 adunan. Kami just buat apam kosong since lebih mudah dan cepat dari letak filing.
Since ada 4 orang + anak buah 1 org total ada 5 orang bergotong royong menyiapkan apam. Kami buat pelbagai corak ikut suka .
Pelbagai kaler (yg ni 3 adunan pertama)
Acuan kuih lompang diletakkan papercup. Satu kukusan ni leh letak 24 biji
Antara hasil gotong-royong kami lepas tolak yg dah masuk perut
Yg ni untuk rumah cousin
Yg ni pulak untuk rumah Pak Cik (adik mak)
Selamat bertunang kepada Dila ....